Persoalannya disini, apakah hubungan nyawa dengan masin?.
Yang menerima masin itu, adalah jasad, bukannya nyawa, nyawa tidak ada kena mengena dengan masin!. Tetapi kenapa bilamana ikan masih bernyawa, jasadnya tidak boleh menerima masin. Bilamana ikan sudah mati dan setelah nyawa bercerainya dari jasad, barulah tubuh ikan itu boleh menerima masin! kenapa?. Yang berendam didalam lautan masin itu, adalah jasad ikan bukannya nyawa ikan! Kenapa ikan tidak boleh menerima masin bilamana adanya nyawa?. Tubuh ikan hanya boleh menerima masin, setelah ketiadaan nyawa!.
Cuba lihat bagaimana ikan yang sudah mati, pastinya akan menemui masin. Iktibar atau pengajaran “mati” yang dapat kita kutip dari kiasan ikan dengan garam itu, sebenarnya adalah salah satu cara mengajar kita mengenal Allah. Kenapa ikan tidak boleh menerima masin?. Persoalan ikan tidak boleh menerima masin adalah sama dengan persoalan kenapa kita tidak boleh mengenal Allah?. Barang siapa tahu kenapa ikan tidak boleh menerima masih, mereka akan tahu kenapa kita tidak boleh mengenal Allah!.
Ikan tidak boleh menerima masin, adalah kerana ikan belum sampai kepada tahap“mati”. Begitu juga dengan kita, diri kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, adalah kerana diri kita belum sampai kepada tahap mati (matikan diri sebelum mati).
Bilamana kita berjaya sampai kepada tahap mematikan diri sebelum kita mati, disitulah nantinya kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah Taala!.Sebab kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana kita belum berjaya sampai kepada tahap matikan diri!. Sesudah sampainya kita kepada tahap “mematikan diri sebelum mati” dengan sebenar-benar sampai, barulah boleh kita mengenal Allah Taala dengan sebenar-benar kenal!.
Setelah ikan sudah sampai kepada tahap mati, maka akan sampailah sifat masin kepada jasad ikan. Begitu juga kiasannya dengan diri kita. Bilamana sampainya kita kepada tahap “Al mutu kablaan tamautu”, (matikan diri sebelum mati), barulah kita akan sampai kepada tahap mengenal AllahTaala!. Setelah diri sudah sampai kepada tahap “mati sebelum mati”, maka akan sampailah kita kepada tahap mengenal Allah!. Untuk itu, barang siapa yang berhajat atau bercita-cita untuk sampai kepada tahap mengenal Allah Taala, seharus dan semestinya terlebih dahulu melalui proses mematikan diri sebelum mati!.
Sebab tidak sampainya kita kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana tidak berjayanya kita untuk sampai kepada tahap mematikan diri!. Setelah sampainya kita kepada tahap ilmu mati sebelum mati, barulah kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah, dengan sebenar-benar mengenal!. Sesudah matinya ikan baru boleh menerima masin, sebegitulah juga dengan diri kita. Sesudah diri kita mati sebelum mati, barulah Allah itu akan dapat menghampiri, mendampingi, menyelubungi serta meliputi diri kita!. dari situlah kita akan dapat mengenal Allah dengan nyata. Kita akan berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah dengan nyata , setelah kita mengenal erti mati dengan rata!. Untuk itu marilah kita belajar mengenal erti mati, “Al-mutu Kabllaan tamautu” (mati sebelum mati).
Untuk mengenal Allah itu, mari kita umpamakan diri kita seumpama garam dan mengenal Allah itu seumpama masin. Anggaplah diri kita ini garam. Kiranya kita hendak binasakan sifat garam kedalam masin, campakkan garam kedalam laut. Setelah garam kembali kedalam laut, maka akan hilanglah sifat garam, setelah hilangnya sifat garam, maka kekallah ia dalam sifat masinnya!. Begitu juga dengan diri kita.
Barangn siapa yang berhajat untuk mengenal diri, hendaklah ia mematikan diri sebelum mati (membinasakan diri). Seumpama kiasan kita campak garam kedalam laut. Setelah garam dipulangkan semula kedalam lautan, barulah tidak lagi kelihatan garam.Yang nyata hanyalah masin. Begitu juga dengan diri kita, barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, campakkan diri kedalam lautan wajah Allah. Sifat garam atau sifat diri kita
sebenarnya tidak ada, tidak wujud dan tidak maujud. Yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah masin.
Cuba tuan-tuan ambil seketul garam kasar. Saya mahu tuan-tuan genggam garam itu dan masukkannya kedalam segelas air. Kerana ” berketul” itulah makanya kita panggil ia dengan panggilan garam. Cuba larutkan garam kedalam air, biar sifat ketulannya hilang, maka garam tidak lagi dipanggil garam, melainkan dipanggil ia dengan panggilan masin!.
Demikian juga dengan diri kita, kerana kita “bersifat” itulah makanya kita panggil diri. Cuba kita hilangkan sifat diri, cuba kita bayangkan yang diri kita itu mati!. Setelah mati dan setelah ditanam kedalam tanah, dimanakah yang dikatakan diri?. Sebenarnya diri kita tidak ada. Diri kita sebenar-benarnya tidak ada!. Sebenar-benarnya diri kita itu, tidak ada!.
Adanya sifat diri kita itu, hanyalah sekadar bersifat sebagaimanna sifatnya garam. Kiranya kita hanyalah sekadar bersifat sebagaimana sifatnya garam, kenapa kita masih mengaku yang kita itu ada?. Sekiranya sifat garam tidak ada, maka sifat kita juga tidak ada. Kembalikan garam kedalam laut dan kembalikan diri kita kedalam Allah! (wajah Allah). Allahh, Allah, Allah
0 comments:
Post a Comment