Pages

Sunday, October 31, 2010

Nuffnang: Statistik Kunjungan Blog


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ni saya nak berkongsi pasal statistik pengunjung yang telah disediakan olah Nuffnang untuk ahli2 nya.Banyak kegunaan bagi mereka yang tahu menggunakan  nya. Hasil karya kita telah tersebar ke seluruh dunia.Walaupun pengunjung sorang dua je yang datang dari negara luar, kita rasa seronok. Dah macam penulis yang terkenal..hehehe..
(tengah kembang hidung tengok carta pie kat atas..saya punya tu..xmau jeles2 ye..)

Kita boleh target kat mana blog kita di mata masyarakat dunia.Bukan Malaysia aje.Dah boleh Start untuk pasaran global bagi yang berniaga dalam blog.Mekasih bagi statistik ni..Dapat free aje.Lagi pun kalau Dapat B.E dah janakan pendapatan untuk tuan punya blog.He.he.

Sekian saja,kalau tulis panjang2, korang bukan nak baca sangat.Jumpa post yang lain ye..
Komen2 lah pasal artikel saya kalau berminat dan saya akan berkunjungke blog anda untuk membalas jasa baik pihak tuan.Sama2 memberi dan menerima.Peace No War!

Friday, October 29, 2010

Thank you Nuffnang

 

Lepas keluarkan pendapatan dari Nuffnang.Saya Check akaun saya..Wow..dapat Lagi rm10.00!
berbaloi2 dengan Nuffnang.Jangan lupa join Nuffnang.
Berblog sambil jana kan pendapatan.
Saya suka! Mekasih Nuffnang.

Allah SWT telah menyembunyikan enam pekara


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak." Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Thursday, October 28, 2010

Jangan Terlalu Susah Hati


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Wednesday, October 27, 2010

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W


 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang.


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Tuesday, October 26, 2010

Saya Kena Tagg..Aduhai Cik Liz

As-salam dan selamat sejahtera pembaca yang dihormati sekalian ye..Pagi2 ni buka blog dah teperanjat tengok komen, kena tag le pulah...tak suka2..tapi saya suka kat tuan punya blog ni.hehehe.Kerana kasih hamba turutkan.Orang cakap ada kimia (chemistry)..gurau jelah.Mekasih CIK LIZ a.k.a Lyza.

1. Saya suka makan nasi..Hari-hari saya makan nasi..tak jemu pun..Korang tak jemu ke makan nasi?Dari kecik sampai lah besor gajah.hehehe..I like nasik!

2. Saya suka borak2 kosong dengan teman sekerja, saya ni pendiam,pemalu,sopan santun dan berbudi pekerti.hehehe

3. saya suka buat muka serius je..macam askar dalam medan perang...argg....makan budak..

4. Saya seorang yang bandai berlakon, jumpa orang ni jadi baik, jumpa orang ni jadi batman, dan jumpa orang tu jadi Shin Chan..(guling2..macam tenggiling.)

5.Saya suka makan dan tido dan makan dan tido dan makan ...

6. Saya punya artikel pasal apa2 entah..tengok mood..

7. Saya suka tolong diri sendiri, hari2 saya mandikan diri saya sendiri, gosok gigi, pakai baju, letak minyak wangi, sikat rambut.Saya suka diri sendiri...hehheeh

8. Saya suka tengok monitor komputer, kerja tengok monitor, balik tengok monitor...huhu...apalah nasib..

9. saya suka dua2, tradisional dan moden.Dua2 penting.Tak da yang lama, mana datangnya yang baru.Yang baru akan jadi lama.

10. saya suka MYredEYE....korang tak suka ke?

11. saya suka tengok muka orang arab..sebab nabi muhammad orang arab..

12. Saya suka tengok cita kartun..hehehe..time kecik2 tak puas tengok..ayah suruh belajar je...dah tua baru nak layan..hehehe

13.Saya suka jalan2 tengok pemandangan alam sejagat

14. Saya suka monyet, kalau ada masa lapang, saya tembak je dengan senapang ayah..hehehe

15. Saya seorang yang serius..jangan main2 ye..Tembak nak?

16. Saya suka tolong orang tipu orang..hehehe..tolang orang je ..tipu tak suka.

17.Saya suka tengok Nasi Lemak 50 sen...hehehe..dosa!.suka tengok muka orang je..Macam2 make up pakai.

18.cikit lagi nak habis...terus kan usaha mu...cayo2..

19.bila nak gi minum ni..
20. ermmmm.....
22.Ting tong..
23. ye lah tu..malas...
24. sambil2 tengok FB sambil mencari identiti diri wahahha
25. Korang nak Tagg pun boleh, tak nak tag pun boleh..ikut suka..bagi tahu lah kalau nak tagg..

Akhirnya selesai Tagg ni..futoo..panjang betul...Khas untuk Cik liz..

Monday, October 25, 2010

MYredEYE: New member


Pejuang Keamanan Telah Sampai
Sila tekan butang komen.Sekarang
hehehe

Sunday, October 24, 2010

Jangan berkira dengan Allah


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang ibadah korban. Maklumlah, tak lama lagi dah nak hari raya korban kan.Saya ceduk ilmu ni dari ceramah yang saya baru dengar semalam. Saya bukan lah orang yang pandai pun dalam agama, cuma nak berkongsi dengan anda semua. Untuk nota sendiri jugak, almaklumlah,manusia ni cepat lupa.Selalu kena ingatkan.Macam saya lah.

Ibadah korban, anda semua masuk tak korban tahun ni? Kenapa tak masuk?. Kita tahu amalan ni besar pahala dan ibadah ni setahun sekali. Apa alasan anda untuk tak menyertai ibadah korban?. Tak da duitlah, tahun lepas dah buat, saya muda lagi, dan macam-macam lagi lah alasan.Nak seribu daya.Tak nak seribu dalih.Saya pun sama. He.he

Rezeki yang allah bagi kita mestilah bersyukur dan laksanakan jika ada peluang. Ramai diantara kita berfikir ibadah korban hanya untuk orang yang sudah bergelar 'datuk kepada cucu'.Tetapi sebenarnya ibadah korban ni tak mengira usia.Sekarang ni 1 bahagian berharga rm350.00 lebih kurang lah.Banyak kan, banyak benda yang boleh buat.Tukar sport rim, tayar, beli rantai mas, gelang mas, jam tangan, shopping dan pelbagi-bagai lagi lah.

Kenapa kita berkira sangat dengan Allah? Rezeki tiap2 hari kita dapat, kalau Allah berkira dengan kita, alamatnya, tak da lah dapat kita nak hidup macam ni.Anda semua rata-rata ada astro kat rumah kan.Paling murah sekali rm49.90(agak2 je lah).Tiap2 bulan kita bayar.Kita sanggup.Kalau setahun dah jadi berapa?RM598.80 setahun.Kita lebih rela bayar astro dari buat amalan korban ni. Contoh kalau penghisap rokok,dua hari 1 kotak.1kotak DUNNHILL berharga RM10.00 sekarang.Kalau sebulan berapa?RM150.00sebulan.Kalau setahun?RM1800.00.Fikir-fikirlah.Contoh ni untuk kita fikir2 kan.bukan tak boleh, boleh.Tapi jom kita sertai ibadah korban.

Allah bukan nak pun daging yang kita buat korban tu, tapi penghargaan kita sebagai hamba untuk ucap syukur atas rezeki yang Allah bagi. Allah kalau nak tarik nikmat harta kita kejap je.Dapat je gaji, keta meragam, terbakar.Kita ni memegang amanah aje.Panjang bebenor tulis ni.Penat korang baca pulak.

Akhir kata lah, saya bagi kira-kira untuk anda dan saya sendiri.Apa kata mulai sekarang kita kumpul duit.Bukan nak banyak terus.Satu hari RM1.00.Kalau setahun 365hari.Jumlah duit yang kita simpan dah cukup untuk ibadah korban.Siap ada lebih lagi RM15.00.Betul tak?ok lah, rasanya cukup lah tu.Salah silap apa yang saya tulis ni sila tegur ye.Saya pun belajar.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN TAHUN INI DAN TAHUN2 BERIKUTNYA.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

wassalam.


Saturday, October 23, 2010

MYredEYE: Saya Selalu NANG Kat Member

 Jom sertai myred eyes team untuk dapat lebih nang innit dari member-member.
Support member2 punya post..

Friday, October 22, 2010

All this happens with Most Husbands on each salary day

Wife: Where is your salary
 


Wife: Show me your Pockets...
Husband:  I'll not give the money...... U spend all of my salary.....!!!! 


Wife: Give me way..... I am going for shopping.
Wife: Thanks Sweetheart...........bye  :)
he.he..bagi jabatan kerajaan dah masuk gaji..heheh..jangan jadi serupa ini udah le..komen2 lah apa yang patut.

Thursday, October 21, 2010

Perkara Sebelum Kahwin Selepas Kahwin

1. ANGKATKAN BEG
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2.. TERSUNGKUR BATU
'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

Wednesday, October 20, 2010

Askar US marine Lepak dalam Masjid

Apa sudah jadi dengan Askar yang dianggap Hero Dunia.
Lets Rise Ours Hand And Make A Doa'
Komen dan bagi pendapat anda!

Tuesday, October 19, 2010

Ular Kepala Lima


 
Korang tengok lah gambar ni..Betul ke palsu..ni kena tanya cik liz lah ye..dia pandai main photoshop.heheh..komen2 lah.

Monday, October 18, 2010

Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.




   

Friday, October 15, 2010

Apple Tree Story

Thursday, October 14, 2010

Lalat oh lalat


Seronok betul team lalat ni...Hobi masa lapang...hehehe


Wednesday, October 13, 2010

Wow dengan Nuffnang!


Dah lama bercuti...hari ni check akaun nuffnang...fuyoo...Dah semakin bertambah pendapatan terkumpul saya ni.Orang cakap kalau tak ambik tak dapat B.E dah..Tapi saya terus dapat B.E.Mekasih atas korang semua yang sudi tengokan blog saya ni yang kekurangan ni.Apa pun.I love u so much...hehehe...Nak kongsi? Tak dapat lee...Penat nak kumpul sebanyak ni.tapi kalau nak tip macam mana nak kumpul duit Naffnang ni.saya tak kedekut ilmu..Tanyalah dan saya akan balas komen anda semua...INSYAALLAH....




Wednesday, October 6, 2010

Jom Buat Butang Reply Kat komen blog anda

Langkah 1 : Pergi ke dashboard klik Design > Edit Html > Tandakan pada kotak 'Expand Widget templates'.

Langkah 2 :Tekan Ctrl + F dan cari kod kaler merah dibawah:




Kemudian copy kod di bawah ini..


*PENTING!!*
Sila gantikan YOUR-BLOG-ID dalam kod tertera diatas dengan blog id anda.Itu sahaja.




Tuesday, October 5, 2010

testing

Sunday, October 3, 2010

Kredit Maxis Hotlink Sentiasa Hilang

Assalam dan selamat sejahtera, hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya menggunakan hanphone.Nampak macam biasa aje.Tapi kalau dihitung jumlah yang sindikit tu ambik dari jumlah kredit saya.Memang dah banyak.Start tahun lepas dah saya perasan,tapi saya ingat hanya message yang tak menggurangkan kredit.

Rupa-rupanya,..jeng..jeng..jeng...satu message yang dia bagi sent kat kita, rm1.50 ditolak dari kredit kita.Kalau sebulan hantar 5 kali. Dah berapa? Rm1.50 X 5 = RM7.50. Sesenang betul sindikit ni dok ambil duit.Bagi yang dah terkena, tahu lah perasaan nya.Mungkin anda akan menjadi mangsa seterusnya..Siapa tahu?

Ni contoh SMS yang saya terima..anda pernah dapat tak? 

Rm1.50 Hi memberku, klik untuk mendapatkan cun "WARUNG BOY" donload.http://wap.smilemy.com/smile/s?info=MYBASE&mode=WAP&key=SL1000013827 Dari nombor 36362 

Dengan tak semena-mena kredit anda akan terus ditolak.Mudahnya dengan teknologi sekarang.Tak payah nak merompak kat rumah anda pun.Pakai Handphone pun dah boleh. 

Saya pun terus menelofon maxis hotlink hotline 1 300 820 120, Rasanya ada dekat 10 kali saya telephone.Naik frust nak dail.Bunyi diorang angkat, terus senyap.tut..tut..tut..Diorang letak...Rasa macam nak maki je. Tapi apa boleh buat kan.Hujung minggu.Diorang pun ada perasaan malas nak kerja. Itu tak penting lah, akhirnya ada yang jawab. Syukur sangat.Saya pun mengadu lah kat dia.

Dia pun bagi tahu, tu bukan maxis punya.Dia pun ajar lah kat saya.Dah selesai perbualan saya.Terus saya ambik handphone dan menaip dengan sepantas kilat.Macam ni SMS saya. 

STOP ALL dan hantar ke 36362 tekan sent. 

Selang beberapa saat satu SMS masuk,Begini SMS berbunyi. 

RM0.00.Your subscription to all services has been terminated. Thank you for your patronage. 

Akhirnya berakhirlah penderitaan saya selama ini.Apa pun Mekasih Operator maxis hotlink tu.Saya Bagi 4 bintang. Korang pernah jadi macam saya ke?Kongsi2 lah dengan saya dengan komen anda semua.Ok..mekasih sudi membaca.

Saturday, October 2, 2010

Nuffnang I Lap You 10 Time!


Lagi kejutan besar bagi saya...heheh.Buka akaun Nuffnag.pendapatan bertambah lagi...mekasih ye encik Nuffnag ye..Jadi saya pun mengambil keputusan untuk tak nak cash out duit yang ada kat sini.hehehe...bagi gemuk kan..Hari yang indah dan seronok ye..Rasa macam nak nyanyi lagu lah.heheheh...Korang semua komen lah.ni tengah gembira sesangat ni..
Kalau nak tahu tip...saya boleh ajar..tapi kena join myred eyes dulu ye...

Blog anda kekeringan Komen dari Pengunjung?


Hari ni nak buat promosi kat kengkawan yang belum join Myred eyes team.Team ni bukan lagi rahsia.segala aktiviti yang kita orang buat semua pengunjung boleh tengok ye.Myred eyes team ni bertujaun untuk meningkatkan trafik blog member yang sudah lama atau sikit saja terima komen dari rakan-rakan yang lain.

Bukan apa, bagi blogger yang lama memang lah ada pengkomen yang tegar, tapi yang baru macam mana? Kat sini saya mewujudkan satu idea yang saya sorang je anggap bernas dan reliven.hehehe.

Korang mesti  nak tengok-tengok blog yang saya jalan kan aktiviti kan.so rajin-rajin lah klik kat sini ye. Walaupun permulaan myred eyes team ni secara underground, alhamdulilah saya dapat banyak pengalaman.Pengalaman tu mengajar saya.Walaupun saya ni baru dan sering dipermainkan dengan otai-otai yang lama.Saya jadikan sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan myred eyes ni.Terima kasih mengajar saya ye otai-otai semua.Jasa mu tetap ku kenang.

Kepada yang dah banyak pengkomen yang tegar tu..boleh lah jugak join ye.kalau berminat.Boleh lah tunjuk ajar dari kalian semua.

Bagi yang baru berblog memang saya hargai, segala ilmu yang ada pada saya akan saya bagi. Terpulang lah pada kalian semua nak guna kan ilmu tu.Tak kemana kalau kedekut ilmu. Mati nanti kita tinggalkan jugak.hehehe.Kan elok kita kongsi sesama kawan.Apa kata?

Ok tak promosi saya ni?hehehe..Berapa bintang korang nak bagi?komen2 lah ye.Komen kat sini ye.bukan kat blog lain.hehehe.
http://myredeyesadmin.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails

Followers