Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak." Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
15 comments:
selamat pagi ^_^
herm...x thu nk komen pe pagi niey
hari2 baca artikel keagamaan membuatkan diri ini rasa aman & tenang....artikel sebegini mendekatkan kita dgn-Nya...semoga kita semua mendapat hidayah ^_^
*boss member i ni dah wat assignment1
Assigment 1,Penerangan
@~daknakaltomey~ ok je..janji ada kunjunagan..
Bersyukurlah kita kerana kita beragama Islam. Maka patuhilah perintah Allah dgn mengerjakan segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya. Insyallah kt akan menjadi umat yg Soleh/Solehah.
@Norulhuda Sarbangi ai..member yang mana?kenapa dia tak komen?
bagi blog dia ye..
@nettiara betul, kita ni dok hari2 cari duit.Time blog mcm ni baru lah nak baca bab2 agama.Tapi dapat duit dari nuffnang..usaha dulu..
alhamdulillah.. trima kaseh bkongsi info..
@bainsama2..kasih.
member i dh wat assignment 1...dh de avatar lagi...kui...kui...dah daftar ngan myred eyes dah...
dia x komen sbb belum paham lgg kot rules kite ^_^
x pe nti i bgtau dia dgn terperinci...lalallalalaaa
@Norulhuda Sarbangi ok..saya dah masukan link dah..so member2 boleh lah tahu.Terangkan lah ye..chayo2x
@nizam omar kasih diterima. hihihi
yang terakhir itu saya nak ingatkan umat islam,allah menyembunyikan Hari kiamat dlm semua waktu.Dlm Alquran,malah Rasullullah juga bila ditanya,menjawab kembalikan soalan itu kepada Allah yang bermakna Hanya Allah yang tahu serta berhak.Manusia jgnlah pandai-pandai berkira,menafsir mengenai Hari Kiamat kecil 2012.Ada blog Islam yg menulis mengenai juga.
@najib mcm marah je bunyi nya.Masing2 ada teori berlandaskan fahaman masing2.Marilah bersifat lapang dada menerima perbezaan pendapat.Jangan jadikan perbezaan pendapat menjadi dendamuntuk tidak bersatu.
subhannallah.. masya Allah.. memang tidak terjangkau di pikiran manusia..
Post a Comment