Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang ibadah korban. Maklumlah, tak lama lagi dah nak hari raya korban kan.Saya ceduk ilmu ni dari ceramah yang saya baru dengar semalam. Saya bukan lah orang yang pandai pun dalam agama, cuma nak berkongsi dengan anda semua. Untuk nota sendiri jugak, almaklumlah,manusia ni cepat lupa.Selalu kena ingatkan.Macam saya lah.
Ibadah korban, anda semua masuk tak korban tahun ni? Kenapa tak masuk?. Kita tahu amalan ni besar pahala dan ibadah ni setahun sekali. Apa alasan anda untuk tak menyertai ibadah korban?. Tak da duitlah, tahun lepas dah buat, saya muda lagi, dan macam-macam lagi lah alasan.Nak seribu daya.Tak nak seribu dalih.Saya pun sama. He.he
Rezeki yang allah bagi kita mestilah bersyukur dan laksanakan jika ada peluang. Ramai diantara kita berfikir ibadah korban hanya untuk orang yang sudah bergelar 'datuk kepada cucu'.Tetapi sebenarnya ibadah korban ni tak mengira usia.Sekarang ni 1 bahagian berharga rm350.00 lebih kurang lah.Banyak kan, banyak benda yang boleh buat.Tukar sport rim, tayar, beli rantai mas, gelang mas, jam tangan, shopping dan pelbagi-bagai lagi lah.
Kenapa kita berkira sangat dengan Allah? Rezeki tiap2 hari kita dapat, kalau Allah berkira dengan kita, alamatnya, tak da lah dapat kita nak hidup macam ni.Anda semua rata-rata ada astro kat rumah kan.Paling murah sekali rm49.90(agak2 je lah).Tiap2 bulan kita bayar.Kita sanggup.Kalau setahun dah jadi berapa?RM598.80 setahun.Kita lebih rela bayar astro dari buat amalan korban ni. Contoh kalau penghisap rokok,dua hari 1 kotak.1kotak DUNNHILL berharga RM10.00 sekarang.Kalau sebulan berapa?RM150.00sebulan.Kalau setahun?RM1800.00.Fikir-fikirlah.Contoh ni untuk kita fikir2 kan.bukan tak boleh, boleh.Tapi jom kita sertai ibadah korban.
Allah bukan nak pun daging yang kita buat korban tu, tapi penghargaan kita sebagai hamba untuk ucap syukur atas rezeki yang Allah bagi. Allah kalau nak tarik nikmat harta kita kejap je.Dapat je gaji, keta meragam, terbakar.Kita ni memegang amanah aje.Panjang bebenor tulis ni.Penat korang baca pulak.
Akhir kata lah, saya bagi kira-kira untuk anda dan saya sendiri.Apa kata mulai sekarang kita kumpul duit.Bukan nak banyak terus.Satu hari RM1.00.Kalau setahun 365hari.Jumlah duit yang kita simpan dah cukup untuk ibadah korban.Siap ada lebih lagi RM15.00.Betul tak?ok lah, rasanya cukup lah tu.Salah silap apa yang saya tulis ni sila tegur ye.Saya pun belajar.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN TAHUN INI DAN TAHUN2 BERIKUTNYA.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
wassalam.
18 comments:
nice....ada manusia yg berkira tapi kadang2 kita nie lalai dan kurang ilmu di dada so tak ambik berat tentang hal2 mcm nie...sama2lah kita ingat mengingati...
@azhar betul, kita sama2 ingat menggigati.Syurga untuk kita semua.Jom rebut!
Insyallah, terima kasih krn post yg menarik dn perlu diambil. Kekadang kita ni manusia pelupa, kl tk dingatkan akan hanyut tah kemana. Ibadah korban sgt baik dilakukan. Bg mereka yg berkemampuan buat seekor lembu untk sekeluarga, insyallah rezeki kt bertambah murah..Amin
ermmm insaf rasa..bagus2 harap tuan empunya diri pn sm2 bkorban yer..
Sambil kt berkorban sempena Hari Raya Korban akan dtg, jgn lupa kt doakan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan muslimin muslimat yg menyahut panggilan Kaabah untuk menunaikan haji, mendapat Haji Mabrur. Amin.
@Norulhuda Sarbangi Satu lembu,banyak bahagian kan boleh buat.tak salah saya 7bahagian.Nak lagi elok tuan yang sembelih kan.mesti meriah raya korban tahun tu..heheh
kita sebenarnya perlulah kena berkorban untuk allah dan rasul.insyallah kalau ada rezeki rasanya nak berkorban tapi bukan terkorban
@fariezz tak nak bagi tahu dunia SAYA BUAT QURBAN TAHUN NI! nampak sangat tak ikhlas beribadat.heheh(tak buat,tahun depan insyallah kot,azam tahun ni)
@nettiara betul tu, lupa nak cakap pasal Haji.heheh..Moga amalan diterima ye..ilmu kena cukup,tenaga pun.Insyaallah.
Alhamdulillah..
trima kaseh ingatkan rakan2 blog.. kdg2 kiter blh tlepas pandang..
Teman pun tpanggil gak hati nie nak wat ibadah korban, kalo ada rezeki lebih blh Teman wat tahun nie..
Kalo belum diizinkan Allah, InsyaAllah tahun dpn..
sama2 lah kiter bdoa agar dpt laksanakan ibadah korban pd tahun dpn..
Alhamdulillah.sama2 kita ambil pedoman yek.
Qurban juga mengingatkan kita pada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Sulaiman. Beliau telah bermimpi akan menyembelih anaknya dan Nabi Sulaiman akur dengan perintah yang diterima oleh bapanya
betul la.....sama-sama mengingati
@bainbetul,biarlah kita berblog sambil mendapat pahala tak jugak lupa dunia.hehe.Dua2 kena kejar.Baru lah dapat sertai korban.heheh
@ctmah insyallah,kan dalam solat kita sentiasa sebut selawat dan salam kepada nabi ibrahim..kan3x.hehe
@diela712 ya, kita ingat dan azam.Dah dapat pahala.Mudahnya islam.Kalau buat bertambah2 lah pahala.betu3x.
@muhammad saiful abdul wahid lain mcm je bunyi,apa2 je lah.
berkorban apa saja.... harta ataupun nyawa...bermakna laburkan duit kejln yg benar...sanggup bertaruh nyawa demi agama islam...
yerr.betul betul :D
Post a Comment