Pages

Thursday, October 28, 2010

Jangan Terlalu Susah Hati


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

19 comments:

muhammad saiful abdul wahid said...

mudah-mudahan kita jadi manusia yang diredhai

farah nordin said...

mulai dengan Bismillah... akhiri dengan Alhamdulillah... ucap nikmat syukur dengan pemberiannya...

~daknakaltomey~ said...

jangan x komen, komen. heeee...
thanks for the info ^_^

nettiara said...

Macam tahu lak saya tengah susah hati. Post ni sekurang-kurangnya dapat membuat hati saya lega dan redha, bahawasanya rezeki, jodoh dan ajal adalah kuasa Allah. Rezeki yang murah membuat keluarga tambah bahagia. Tanpa kewangan yg mantap sebuah keluarga walaupun dibina atas dasar cinta boleh roboh begitu saja. Begitu juga dengan kesihatan kita. Bersyukurlah hari ini kt diberi kesihatan yg baik, boleh pergi kerja, dan jumpa kekawan. Nikmatilah kesihatan yg tuhan anugerah dengan percuma. Syukurlah. Wang setinggi gunung sekali pun kl tanpa kesihatan yg baik tiada maknanya. Kalau hidup di dunia hendak bahagia, hurmatilah kedua ibu bapa dan suami. Berjasa kpd ibu bapa dan suami mestilah ikhlas. Allah maha mengetahui...

Syed Nizam Syed Omar said...

@muhammad saiful abdul wahid sama2 kita jada insan yang bersyukur

Syed Nizam Syed Omar said...

@farah nordin betul tu...hehehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@~daknakaltomey~ dah tukar ikon ke? mekasih je..mai secawan.

Syed Nizam Syed Omar said...

@nettiara hidup kat dunia ni memang ada pelbagai cubaan dan godaan sebab harga syurga di akhirat nanti terlalu mahal untuk dapat..mengadulah kepada allah tentang masaalah kita, insyallah hati kita tenang.Cubaan datang dari Allah, kita kembalikan semula kepada allah.ok..

farah nordin said...

@nettiara oit! panjangnya... jangan susah hati redha dan berserah kepada Allah..InsyaAllah... bila kita ingatNYA DIa takkan lupakan kita...

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Selalulah bersyukur.

diela712 said...

saya selalu makan baca doa makan..huhu

Kulat76 said...

takde komen.. ade mase nanti saye komen ye boss.. sok nak outstation,, apepun tak prepare lagi ni..

lezaqasandra said...

alhamdulillah,,,sentiasa bersyukur atas apa yg diberi...dun forget yer encik nizam hehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@Zyash ye..syukur atas nikmat yang di bagi

Syed Nizam Syed Omar said...

@diela712 hehe..makan jangan lupa jemput saya..hehehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@Masrom tak hal punya..uruskan apa yang penting dahulu..

Syed Nizam Syed Omar said...

@Cik Liz a.k.a Lezahari ni ada mari ye..cik liz memang betul..saya sokong.

nun beauty empire said...

rezeki kita akan murah jika setiap kali buka mata di pagi hari kita bersyukur pada-Nya...dugaan hidup mmg begitu..en.nettiara dari semlam asyik meluahkan perasaan jew..anggap semua ini dugaan hidup..kadang2 kita di atas kadang2 kita di bawah..bersabarlah..sesungguhnya Allah syg pada kita yg penyabar ^_^

Along Tapa said...

kalo diikut betul2 hadis ni, memang betul...nampak jelas kesan kalo kita buat dan tinggalkan tu...

Gorengbaek - Tips untuk awek...supaya saham tak jatuh...

Hangit habis dah - Korang perasan tak??

Related Posts with Thumbnails

Followers