Pages

Wednesday, October 27, 2010

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W


 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang.


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

27 comments:

diela712 said...

subhanallah...baik betul pekerti Nabi kita...sampai boleh nangis2 baca info ni....sedih...huhu

muhammad saiful abdul wahid said...

alangkah bagusnya sekiranya akhlak kita semulia nabi muhamad s.a.w

Fairus Bin Mamat said...

Selawatlah ke atas nabi Muhammad...

nun beauty empire said...

Ya Allah...betapa mulianya sifat Rasullulah...

nettiara said...

Salam. Rasa tersangatnya lemah dan jahilnya diri kita bila membaca tntg keperibadian Rasulullah. Umpama langit dan bumi. Sedangkan isteri masak kurang enak pun kita dah membebel apa lagi kalau isteri tak masak, tk sediakan pakaian, tk buat kopi, tak basuh baju, mau kita naik angin rasanya. Tapi insyallah dengan post yg baik ini kt akan dapat memperbaiki diri kita. Yang isteri tu jagn lah sampai tak masak dan buat kerja2 lain tu. Walaupun penat macamana sekalipun cubalah masak untuk keluarga. Insyallah besar ganjaranya. Isteri jgn lah amik kesempatan kepada suami yg tk kisah tu, suami bkn takut bini, sayang. Renung2kan...selamat beramal..

~daknakaltomey~ said...

tok tok...de org x??? heee ^_^. singgah jap smentara x de org kat opis niey.

Syed Nizam Syed Omar said...

@diela712 cinta nabi kepada umat cukup tebal, bagaimana cinta kita terhadap baginda?

Syed Nizam Syed Omar said...

@muhammad saiful abdul wahid kita haruslah sentiasa mencuba kearah itu, bukan kan nabi contoh ikutan dan tauladan yang baik..Niat dan azam dalam hati, dah dapat pahala..hehehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@Fairus Bin Mamat selawat dan salam keatas junjungan kami, nabi muhammad dan keluarganya.

Syed Nizam Syed Omar said...

@Norulhuda Sarbangi Menjadi contoh kepada umat islam.xmau gaduh2 sama sendiri.

Syed Nizam Syed Omar said...

@nettiara hu.hu..nasihat yang baik,para nenek dan mak cik dgr ye..Pakcik pun sama.

Syed Nizam Syed Omar said...

@~daknakaltomey~ akhirnya..sampai jugak ye..mekasih banyak2 ye..jemput2..saya buat kenduri ni..hehehe...

nettiara said...

Saya cadangkan Sdr Nizam banyakkan lagi sirah dan kisah Rasullah dlm post akan datang. Sejarah islam dll.

nun beauty empire said...

@nettiara ai panjang lebar nampak?..lauahn perasaan kew?

Kulat76 said...

begitu la sayangnye nabi terhadap umat nye,, kite kene la slalu berselawat ke atas nabi muhammad.

Anonymous said...

Bagus ahlaknya ...

Syed Nizam Syed Omar said...

@nettiara mekasih bagi cadangan ye..kalau ada peluang dan di izin kan allah, saya usaha.Awak pun boleh buat jugak kan..hehehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@Norulhuda Sarbangi suka betul usik nettiara...sabor je lah ye...hehehe..

Syed Nizam Syed Omar said...

@Masrom betul tu...jom kita selawat sekarang, tunggu apa lagi?hehehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@jerykan nabi menjadi contoh dan ikutan..apa kata kita selawat lagi.1x kita selawat,10 kali Allah selawat keatas kita..xmau?

~daknakaltomey~ said...

@nizam omar jemput mkn pe yg ader ^_^

~daknakaltomey~ said...

@Norulhuda Sarbangi hehehe

Syed Nizam Syed Omar said...

@~daknakaltomey~ ni tengah tunggu kek pelangi nun ^_^ xkenyang lagi.

nun beauty empire said...

@~daknakaltomey~ hahahahahhahahaha...

nun beauty empire said...

@nizam omar kek pelangi?huhuhuhuhuhu T_T'

~daknakaltomey~ said...

@nizam omar sbb pelangi kan...ssh skit nk wat. hahaha

Syed Nizam Syed Omar said...

@~daknakaltomey~ jangan lama sangat, nanti basi pulak.hehehe

Related Posts with Thumbnails

Followers