Pages

Tuesday, August 3, 2010

10.AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA-2

Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada di dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Quran, cuma dalam berbentuk apa ? Itulah yang hendak di ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad

Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan, yang mengikutinya atau menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini bererti cakap yang benar dan haq

Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak bercerai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa (Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas

Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya, kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata, ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula Wala itu wajib di fahami bahawa ia di kuasai oleh Quwwata illa billah dan jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al Quran

bersambung ...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers