Pages

Tuesday, August 3, 2010

29.IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH

Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai'at kepada Allah dan telah berikrar dan berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89 yang maksudnya:

"Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya"

Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A'araf 172 yang bermaksud:


".. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai"

Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat 91 yang bermaksud :


"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya ..."

Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa Zat Laisa kamishli syaiun ( tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya

Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti kata Tawakkal 'Alallah !

Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya ? Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud:


" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri) "

sambungan ....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers