Pages

Tuesday, August 3, 2010

9.AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA

Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqarah 97 menerangkan:

" Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan ..."

Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam dadamu) dengan menetapkan bacaannya"

Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya kepada ayat yang berjumlah 6236 ayat

Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepasa huruf dan seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di dalam diri manusia

Pelajaran ini tersangat jarang di perkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya tetap akan mencari mksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau berbentuk apa ?

Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) kedua-dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran itu ?

Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim, ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan)

Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ?

Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul Basits ? *

* Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar

Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagi-bahagikan

Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat di pecah atau di pisahkan

Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bahagi-bahagikan

Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan kehidupan

Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? Manusia wajib tahu sebab dia berada di dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia

Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri

bersambung .....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers