من عرف نفسه فقد عرف ربه، ومن عرف ربه فسدالجسد
Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran
Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri sebagai Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan lainnya
Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja yang mana ilmu ini telah masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf dan Kerohanian yang membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman
ISTILAH DIRI
1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal
1. DIRI TERDIRI
Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI ini menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan
Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga Adam
Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya
Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya
Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai
ينبؤ االأ نسن يومئذ بما قدم وأخر، بل الأنسن على نفسه بصيرة، ولو ألقى معا زيره
Maksudnya: Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri)
(Al Qiyamah 13,14 dan 15)
Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri TERPERI
Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai : الذى خلقك فسو ىك فعدلك (Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah Infitar ayat 7)
Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal usul bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan Af'al daripada Allah
0 comments:
Post a Comment