Pages

Tuesday, August 3, 2010

22.KETENTUAN TUHAN

KETENTUAN TUHAN

Ketentuan tetap berlaku sepanjang kehidupan manusia kerana ketentuan itu adalah majhul (ketentuan yang tidak di ketahui) terhadap kehidupan manusia yang menyebabkan manusia merasa gelisah, jika tidaklah kerana majhul mungkin manusia dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi takdir, namun takdir tidak mengizinkan sedemikian kerana ia mendorong kepada akidah yang sempit dan amalan yang bermusim, apa yang penting ialah manusia di kehendakki oleh Allah dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, di dalam Al Quran Allah berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sesekali akan menimpa kami melainkan apa yang telah di tetapkan (Allah) bagi kami, Dialah Pengawal menyelamatkan kami, kepadaNyalah orang orang beriman menyerahkan diri

Ayat yang di atas Allah swt memberikan panduan kepada manusia supaya memahami konsef takdir daripada Allah swt iaitu ketetapan daripada Allah swt itu adalah kata putus tertimpanya segala takdir sama ada baik ataupun buruk, sama ada kecelakaan atau segala mushibah kerana Dialah yang mengawal semua makhluknya termasuk manusia, akan tetapai di sana ada syarat yang kelihatan mampu di jadikan tauladan iaitu orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah swt dengan syarat ilmu dan amalan dan dengan syarat berusha tanpa melakukan penyekutuan kepada Allah swt dan ini perlu di fahami dan mencari ilmu yang berkait dengan tawakkal, bukan setakat ucapan mulut sahaja tanpa memahami ilmu tawakkal tersebut, dan sesungguhnya konsef takdir yang membawa kepada Af’al Allah itu tersangat luas dan perlu berhati-hati memahaminya, apa yang penting ialah setiap takdir sama ada baik ataupun buruk itu mesti di kaitkan dengan sebab dan musabab sama ada dari kebodohan dan kecerdikkan kita sebagaimana firman Allah swt menyatakan:
Maksudnya: Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya, dan sesungguhnya celakalah orang yang mengotorkan dirinya
(As Syam 9, 10)

Ayat yang di atas menerangkan kepada kita bahawa orang yang membersihkan dirinya (Membersihkn diri yang di dalam) akan berbahagia dan kepada yang tidak mempedulikan dirinya atau mengotorkan diri akan di tetapkan oleh Allah dengan takdir keburukkan, ini menunjukkan ada ikhtiar daripada manusia untuk selamat kerana rahsia akal yang di kurniakan Allah kepada mereka, kerana itulah manusia wajib mengenal dirinya supaya mereka memahami diri manakah yang perlu di bersihkan, apabila diri sudah bersih maka Allah akan memelihara kita dari takdir yang kita benci mengikut pandangan Allah swt jika kita kotorkan diri kita maka Allah akan berikan takdirnya mengikut diri yang kotor, sebab itu manusia kena belajar perkara diri yang tersirat iaitu diri tempat penilaian Allah swt
Dan lagi Allah berfirman:
Maksudnya: Tiada sekutu baginya, dan demikianlah aku di perintah, dan aku adalah Muslim yang pertama
(Al An’am 163)

Selain daripada ayat yang menerangkan kepada manusia supaya mensucikan diri, Allah juga menetapkan supaya manusia membuat pengakuan supaya tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu daripada alam ciptaaNya, kerana tidak menyekutukan Allah adalah konsef umat manusia yang awal sejak daripada alam Roh lagi di mana ketika itu diri sebenar diri manusia telah membuat pengakuan “Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah” ketika mana pada waktu menjawab pertanyaan Allah ALAS TUBIROBBI KUM (Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?)
Sebenarnya manusia perlu memahami bahawa diri kita yang tersirat telahpun di jadikan oleh Allah swt lebih awal daripada diri yang zahir iaitu jasad manusia, iaitu diri yang telah di tetapkan oleh Allah yang datang daripada Allah dan kembali kepadaNya, dan apabila kedua-dua konsef membebaskan diri daripada syirik dan mensucikan diri di atas maka barulah Allah swt mengampunkan manusia apabila manusia itu memohon ampun dan barulah Allah menimpakan takdir yang baik dan mendorong manusia kepada kebaikkan serta beberapa taufik dan hidayahNya, apa yang penting ialah setiap kerja buat kita hendaklah menuju kepada redha Tuhan dan sesame manusia kerana itu lah manusia di berikan oleh Allah suatu ketenangan dari jaminanNya sebagaimana firmanNya di bawah ini
Firman Allah swt:
Maksudnya: Bahawa Tuhanku telah mengampuni aku dan aku di jadikan daripada golongan yang di muliakan
(Yasin ayat 27)

Sebenarnya manusia dapat merasakan keampunan daripada Tuhan setelah semua yang menggagalkan kehidupannya masa yang lalu berlalu dengan merasakan ketenteraman di dalam jiwanya dan ketenangan akal dan penambahan rezekinya daripada Allah swt dan merasa ringan pula melakukan ibadat kepada Allah dengan dapat nerasakan ketenangan di dalam kehidupan, dan di dorong juga oleh Allah perasaannya kepada kerja untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dan merasakan dirinya berdosa jika membiarkan suatu golongan yang memperjuangkan hukum Allah tidak di bela dengan sewajarnya, sepatutnya umat islam sentiasa mencari punca kelemahan yang ada pada dirinya terutama pada sikap hawa kepada nafsunya yang tersirat dan tersorok di dalam lubuk hatunya yang mana tempat tersebut sentiasa di nilai oleh Allah swt sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya, kerana tidak mendapat hidayat daripada Allah
(Al Qashas 50)

Didalam keilmuan ini apabila kita telah menyentuh soal Tauhidul Zat, Asmak, Sifat dan juga Af’alNya maka terkumpullah ilmu kalimah tauhid di situ ia itu kalimah LA ILAHA ILL ALLAH, oleh kerana mahu mencari yang tersirat maka Zat, Asmak Sifat itu adalah tersirat dan yang tersuratnya adalah Af’alNya kerana dia dapat di lihat dan juga di nilai, kerana itulah nilai ghaib adalah ghaib biasa dan ghaib luar biasa (Ghoibul ghuyub). Ghaib luar biasa tidak dapat kita melihatnya hanya dapat melihat kerja bekasNya sementara ghaib yang biasa dapat di lihat melalui mata hati iaitu qalbun dan qalbi, itupun sekiranya kedua matahati itu dicuci dengan zikirullah mengikut kaedah yang di tetapkan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers