Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka, sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang aras kalimah shahadah
Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab syafi'e 384 H- 458H)
يا ادم كيف عرفت محمدا ولم اخلقه قال يا ربى انك لما خلقتنى وفعت راءسى فارانت على قوائم العرش مكتوبا فيه لا اله ا لا الله محمد
رسول الله
Maksudnya:
Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang 'Arsy berbunyi La Illaha Ill Allah Muhammaddarrasullullah
Kalimah tersebut memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di anggap kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu, dengan kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah
Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Na'iem (Ahmad b Abdullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H) meriwayatkan
ما خلقت خلقا اكرم على منه كتبت اسمه مع اسمى فى العرش قبل ان اخلق السموات وا لأرض
Maksudnya:
Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandanganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad) bersama namaKu di 'Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia (Muhammad) di 'Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding
Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir sambung menyambung yang menghasilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis batu hitam (Hajratul Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat Allah)
Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang 'arafah demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka
Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana .......... namun syaitan tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka
sambung ...
0 comments:
Post a Comment