Pages

Monday, August 2, 2010

8.RAHSIA TITIK BA YANG DI KAITKAN DENGAN ALIF

Pelajarang yang ke 7 kita telah huraikan peranan titik yang tersangat besar ertinya kepada huruf dan ayat di dalam Al Quran, namun titik bukanlah huruf akan tetapi ia adalah asal usul kepada huruf ALIF , hujah yang menyatakan demikian tersangat ilmiyah untuk di bincangkan kerana ia akan membawa kepada kritikal akal untuk memikirkannya, ini bermakna kita akan mencari suatu rahsia yang sukar untuk di terjemahkan cuma kita perlu memikirkannya secara bersama

Di dalam Al Quran banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berfikir seperti memikirkan ayat Al Insan 1, manusia boleh berfikir selagi mereka boleh berfikir dan jangan tutup pintu akal untuk berfikir, jika kita katakan sesuatu ayat yang terdapat di dalam Al Quran itu tidak perlu di fikirkan sedangkan ia ada di ceritakan oleh Allah di dalam Al Quran maka sia-sialah Allah menurunkan ayat Al Quran tersebut, zaman sekarang ramai manusia penuh dengan ke egoaan atau zaman tepuk dada tuding jari

HURUF BERTITIK

Lazimnya huruf yang di sertai titik satu ,dua dan tiga adalah seperti di bawah ini:

1. Huruf Ba ( ب ) di dalam Al Quran sebanyak 11,420
2. Huruf Ta ( ت ) di dalam Al Quran sebanyak 1,404
3. Huruf Tha ( ث ) di dalam Al Quran sebanyak 10,480 huruf
4. Huruf Jim ( ج ) di dalam Al Quran sebanyak 3,322 huruf
5. Huruf Kho ( خ ) di dalam Al Quran sebanyak 2,503 huruf
6. Huruf Zai ( ذ ) di dalam Al Quran sebanyak 4,934 huruf
7. Huruf Zal ( ز ) di dalam Al Quran sebanyak 1,680 huruf
8. Huruf Shin ( ش ) di dalam Al Quran sebanyak 2,115 huruf
9. Huruf Dhodh ( ض ) di dalam Al Quran sebanyak 1,882 huruf
9. Huruf Dzo ( ظ ) di dalam Al Quran sebanyak 842 huruf
10. Huruf ghain ( غ ) di dalam Al Quran sebanyak 1,229 huruf
11. Huruf Fa ( ف ) di dalam Al Quran sebanyak 9,813 huruf
12. Huruf Qof ( ق ) di dalam Al Quran sebanyak 8,099 huruf
13. Huruf Nun ( ن ) di dalam Al Quran sebanyak 17,000 huruf
14. Huruf Ya ( ي ) di dalam Al Quran sebanyak 25,717 huruf

Dengan jumlah huruf yang menggunakan titik ialah 102,440 huruf daripada jumlah 320,779 huruf kesemuanya, ini bererti huruf yang mempunyai titik menjadi nyawa kepada Al Quran itu sendiri, ertinya hampir setiap perkataan mempunyai huruf yang bertitik, kerana itu kita perlu selami apakah peranan titik pada asal usulnya yang pada awalnya tiada, iaitu zaman O , zaman ini hanya Zat yang Maha Agong saja yang ada , iaitu zaman Dia bersifat Salbiyah

Firman Allah:

هل اتى على الأنسان حين من الدهر لم يكن شيأ مذكورا

Maksudnya: Bukankah telah berlaku kepada manusia suatu zaman dari masa yang beredar sedang ia (masih belum lagi ujud) suatu zaman yang tidak dapat di sebut-sebut (Al Insan ayat1)

Ayat yang di atas menunjukkan telah berlalu di suatu zaman yang kita tidak tahu bila, zaman itu manusia zahir dan batin masih belum lagi ujud dan tidak tahu abad bila ataupun tiada abad, yang Wujud ketika itu hanya Zatnya sahaja, demikian pandangan Al Ulamak Sofi, (ulama faquha tiada membuat kajian kerana di fikirkan buang masa) namun Syed Qutub ada membuat pandangan bahawa zaman tersebut Rohani belum lagi di jadikan oleh Tuhan ataupu Nur Muhammad belum lagi Ujud, atau zaman tersebut adalah zaman yang di sebut sebagai La Ta'ayun (zaman yang tiada kenyataan) ertinya pada zaman tersebut kita tidak dapat membuat apa-apa kenyatan

Firman Allah di dalam hadis qudsi:

كنت كنزا مخفيا فأحببت أن اعرف فخلقت الخلق لكل أعرف

Maksudnya: Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin di kenali, lalu Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu

Zaman ini di kenali sebagai zaman Taayun awal (kenyataan yang pertama) yang mana zaman ini adalah zaman awal makhluk hendak di jadikan oleh Allah supaya makhluk yang di jadikanNya itu mengenaliNya, zaman ini sudah boleh di fikirkan awal ilmu yang boleh kita buat kenyataan, iaitu zaman keagungan sifat Tuhan, dan zaman ini juga baru kita mengetahui bahawa Tuhan itu rupanya berbeza dengan makhluk yang mana Dia bersifat Salbiyah iaitu zaman

بى كان ما كان (Bi kana ma kana)

Maksudnya: BersamaKU ada apa yang telah ada, apa yang telah ada ? Nur 'Ala Nur الصمد (Nurullah) kemudian di ikuti dengan

بى كانو ما يكانو (Bi kanu ma yakunu)

Maksudnya: BersamaKU akan ada apa saja yang akan ada, Apakah yang akan ada ? Apakah yang akan ada ? نور محمد Awal kejadian atau Hakikatul Muhammadiyah yang berasal dari anasir wujud, ilmu, Nur dan Shuhud, yakni asal wujud daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmal dan asal shuhud daripada Af'al iaitu daripada ALLAH zaman ini adalah zaman dua titik (Taayun Sani)

Kemudian:

Barulah di lengkapkan Allah dengan kenyataan yang ketiga selepas La Taayun iaitu zaman tiga titik ( Taayun Salasa) iaitu zaman

فوجود ال عوالم بى (Fa wujudul 'awalimi bi)

Maksudnya: Adanya sekalian alam ini adalah denganKu

Semuanya hal keilmuan ini wajib di gurui, tambahan lagi ilmu yang berkait dengan rahsia titik Ba dengan Alif kemudian apa zikirnya ?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers