2. DIRI TERPERI
Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apabila Rohani itu di bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja
Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat ma'ani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami
Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An'am ayat 60 FirmanNya:
وهو الذى يتوفىكم باليل ويعلم ما جرحتم بالنهار ثم يبعشكم فيه ليقض أجل مسمى
شم أليه مرجعكم شم ينبئكم بما كنتم تعملون
Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati
Allah berfirman lagi dalam surah Az Zumar ayat 42
الله يتوفى الأنفس حين موتها والتى لم تمت فى منا مها فيمسك التى قضى عليها الموت
وير سل الأخرى ألى أجل مسمى أن فى ذلك لأيىت لقوم يتفكرون
Maksudnya:
Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir
Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqazah (diri TERPERI) itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga
Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
بان فى كل جسد روحين احدا هما روح اليقظة التى اجرى الله العادة بانها اذا كانت فى الجسد كان الأنسان مستيقظا
فأذا خرجت منه نام ورأت تلك الروح المنا مات، والأخرى روح الحياة التى اجرى الله العادة بانهااذا كانت فى الجسد
كان حيا فأذا فارقته مات وهاتان الروحان فى باطن الأنسان لايعرف مقرهما الا من اطلعه الله على ذلك
Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul 'adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul 'adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan fa iza faroqot hu mata wa ha tanir ruhaani fi batinil insaani la yu'rofu maqor ruhuma illa man at lamahullahu ala zalik
Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi, sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu
Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An'am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi
Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung 'azab dan sangsara kerana di sana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini
Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya
Awas kepada yang mempelajari ilmu diri TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia di bawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya
0 comments:
Post a Comment