Pages

Tuesday, August 3, 2010

13.HAQIQAH SOLAH-2

TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI

Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang mengenal dirinya dan Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang mempelajari ilmu tariqah dan Tasauf, mereka kadang kala menjadi bangga dengan ilmu ini dan kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak mengenal diri dan Allah dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji atau mempermain-mainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jika kita halusi ilmu ini tiada bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini hanyalah mengkaji solat dan rukun solat biasa secara mendalam sahaja

HAQIQAH SOLAT di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang bernama DIRI TERDIRI iaitu JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah ketetapan hukum fi'li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau diri yang di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH yang terdiri daripada ROH, AKAL dan NAFSU ATAUPUN kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di namakan RUHUL HAYAT atau kerja NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL MUHAMMADIYAH ilmu ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum qalbi, sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan sifat KAMAL

Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada sebuah batang tubuh di kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat yang mana semua makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang mana kerja buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya, sesungguhnya manusia zahir dan batin yang tidak mempunyai daya dan upaya itu wajib meyakini bahawa tidak sah solah tanpa makrifah, persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di pelajari dengan guru yang arif

HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka yang bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH berlaku pada sembahyang fardhu dan pada masa di luar solah, ilmu ini perlu di gurui

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers