Assalamualaikum dan salam Syawal,
Dah lama tak up date post blog, sibuk persiapan hari raya. Sekarang ni dah masuk 2 Syawal, dah boleh makan semula. Bagi yang dah start berpuasa 6 tu diucapkan selamat berpusa, korang memang hebat. Saya ni entah bila lah nak buat puasa 6.
Start je takbir bergema, para ibu sibuk mengisi biskut-biskut dalam bekas. Mana yang buat ketupat tu, merebus.Nasi impit pun sama.Kat rumah saya cuma buat nasi impit je.sekarang dah senang, beli ketupat Noni ke adabi ke.kalau dulu,tengok mak buat, bukan main susah. Rebus beras dalam periuk besar kemudian dah masak lembik isi dalam kain kemudian tindih dengan batu giling.hu.hu.hu.Bukan kerja senang dik oi..Bila pagi raya, baru angkat batu giling tu, nasi pun dah mengeras.potong kecik2.bagi anak-anak makan.Antara nasi impit yang sedap, yang paling sedap ialah mak saya sendiri.Biarpun makan tiap-tiap hari tak pa.Korang macam mana?
Lepas je solat sunat aidil fitri, bermula lah sesi rombongan kampung. Start dari rumah hujung kampung sampai ke hujung belah sana kampung. Macam mana nak sumbat kuih raya dan makanan berat.Jawabnya boleh pecah perut.hehehe.Geng rombongan macam biasalah, cuit sana sikit, sana sikit, buat cukup syarat lah.Tahun ni raya time jumaat, so take 5 lah rombongan.
Habis je solat jumaat terus sambung beraya lagi sampai time asar.stop lagi.solat asar dan beraya semula. Bayang kan dari lepas takbir, tak henti-henti makan sampai lepas solat asar.Raya tahun ni memang mewah.perut pun dah sakit je.Apa taknya, sebulan tak makan pagi.ni hari pertama segala makanan dok sapu..
Habis je solat jumaat terus sambung beraya lagi sampai time asar.stop lagi.solat asar dan beraya semula. Bayang kan dari lepas takbir, tak henti-henti makan sampai lepas solat asar.Raya tahun ni memang mewah.perut pun dah sakit je.Apa taknya, sebulan tak makan pagi.ni hari pertama segala makanan dok sapu..
ok lah.setakat ni jelah post buat kali ni.Mata pun dah layu.time for sleep.Mesti ramai yang tanya, apa kaitan gambar dengan post kali ni.Gambar rumput yang segar dengan air embun.Maksudnya kita dah kembali macam biasa sebab boleh makan dan minum.Kepada nak bagi komen tu, amat di alu-alukan.ok roger and out.
19 comments:
selamat hari raya encik nizam.. :)
macam mana raya ke dua
pehh.. nasi himpit tu la yg best. lagi la makan dgn kuah kacang. memang letop2 la rasanya..
rindu jugak nak berjalan seluruh kampung macam time kecik2 dlu. skrg ni cam malu lak. dlu semua rumah d ziarah sbb nak kumpul duit raya. hee =P
apa pun.. Selamat hari Raya Aidilfitri encik nizam =)
pasni posa 6 la pulak skang ni tga bersuka ria nak raya hikhikhik
@monica banyak dapat duit raya? xmelawat kawan2 kat sana ke?jangan lupa bagi saya cikit.heheh(duit raya)
@Sharinginfoz raya kedua ni agak sibuk jugak lah,duduk kampung ni mak buat mee kari,jemputlah datang kerumah..heeheh.boleh dapat duit raya tau..
@ASaDa RyutaRo mekasih ye sebab sudi bertandang..memang pun sedap nasi impit kuah kacang.raya kedua ni buat mee kari special.jemput datang.Tahun ni xbuat lemang.kurang ahli keluarga.biasanya cari sendiri buluh,daun pisang.beras pulut je yang beli.bakar pun sendiri.rindu nak buat lemang...
@Leza
saya cakap je..buat rasa nya xpernah..
cara lama tu mak saya pun pernah buat. hehe. tapi skang lebih canggih sket kot. mak isikan beras dalam plastik,ikat lepas tu rebus. mak tak bape suka yang segera macam ketupat nona.
tapi paling best adalah ketupat nasi daun kelapa jugak. :D
@nur.samekasih sudi datang..oh,mak awak pun sama ye buat.Ingat tak dulu ada kecoh pasal ketupat dalam plastik,sebab plastik rebus sekali,jadi bahan chemical masuk dalam nasi..pastu terus diam..kadang2 risau jugak.
kalau ketupat daun kelapa.memang best.nak nye dipagi raya bergantung je kat dapur.heheh
selamat raya..
@hamzah ian selamat adil fitri ye..rajin2 lah bertandang kat sini ek!
Selamat Hari RAYA :D
Haishh.. Bestnya dah beraya, kita masih belum lagi berkesempatan. Hehehe. Nak makan2 jugak :DD
@miss faten mekasih bertandang..selamat hari raya ye,hari ni rumah buat laksa lemak& laksa penang..datang lah ye..kuih raya dah licin.kat mana ada jual.sanak saudara ramai datang.
nasi impit dgn kuah kacang.peghhh
raya kedua pulak camna?hehe
@kata kila memang le sedap, kalau nak merasa nasi impit kena datang tahun depan lah ye..raya special edition only.heheh
raya pertama=nasi impit
raya kedua = mee kari
raya ketiga = laksa lemak & penang
Selamat Hari Raya~!
:D
@h A n Y S selamat hari lebaran juga pada hanys..nak dodol, raya ni belum makan dodol lah.
ermmm..sy terbaca puasa 6,,apa kata kita sama2 laksanakanya..fadilatnya besar..sbln blh puasa xkn 6 hari kita xblh..encik nizam kita wat sm2 yer..asyik bg alasan jer..
Post a Comment