Pages

Monday, September 27, 2010

Kebebasan Dalam Berblog


Hari ni rajin lah pulak saya nak menaip, hehehe.Biasalah mengisi masa lapang yang ada, sementara ada kerja lain.Cuti lah kan.Apa yang anda tahu tentang kebebasan dalam berblog ni?


Sering kita lihat dalam media massa mengenai salah laku pengguna blog yang memutar belitkan fakta, memaki hamun, mencarut dan sebagainya. Pelbagai topik yang ditimbulkan untuk merayu dan meluahkan rasa tentang apa-apa isu yang terjadi di sekeliling. Ada yang elok dan menggunakan budi bahasa dan ada yang sederhana dan ada yang terlalu kasar. Disini terpulang lah kepada individu untuk menerima dan menolaknya.Pihak kerajaan sentiasa berusaha memantau anasir-anasir yang boleh mengganggu gugat keharmonian penduduk di malaysia. 

Di dalam berblog ada komuniti yang mempunyai beberapa kumpulan yang hanya membenarkan ahli-ahli sahaja untuk berbincangan. Ini bertujuan agar pihak yang tak bertanggung jawab mengganggu sesebuah perbicangan tersebut. Untuk lebih memudahkan kefahaman anda,ini satu contoh. Masalah dalaman keluarga seharusnya di bincangkan dengan anggota keluarga sahaja, adakah anda sanggup berkongsi masalah dengan orang yang anda tak kenal. Sudah tentu tidak kan.

Kemudahan yang disediakan oleh pihak blogger.com kepada blogger adalah sama.Tak perlulah untuk mendabik dada yang ini saya yang ajar, awak semua xboleh guna function ni.Kalau guna awak akan di gantung keahlian. Sifat terlalu kolot jika anda berfikiran seperti itu. Setiap manusia mempunyai hak, hormati hak setiap orang. Dan anda sendiri mahu dihormati. Apa tujuan untuk berkomuniti? Semestinya untuk membincangkan perkara yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti pada jika di umumkan. 

Kerahsiaan memang menjadi lumrah hidup manusia.Contohnya,berapa nombor pin anda?Apa password e-mail anda?contoh yang paling mudah saya bagi. Kenapa untuk rahsia semua tu?Di kuatiri ada insan-insan yang bijak mengambil kesempatan terhadap anda.Mungkin anda semua pernah ditipu atau mungkin sedang ditipu atau akan ditipu.Berwaspadalah.

Kerahsiaan ini bukan saja pada individu sahaja.Pada keluarga,persatuan, syarikat,negeri sehingga Sesebuah negara ada rahsianya tersendiri. Fikir-fikirlah anda semua.Contoh rahsia negara malaysia.Ada akta ISA, walaupun ramai yang tak bersetuju kerana di katakan di salah guna.Terserah lah pada anda semua.Tapi saya sokong ISA.Menjaga rahsia negara.

Rasa macam lari dari tajuk ni kot, tak palah. Ni kan blog saya.Ikut saya lah nak buat tak ikut tajuk.Sebelum korang mengantuk dan bosan baca artikel saya ni,elok benar rasanya stop.Anda semua ada akal, fikir-fikir lah.Kalau ada yang berguna, ambilah.Kalau rasa tak da makna bagi anda semua.Buang je lah.Hak individu masing. Saya menghormatinya.sekian 

7 comments:

Kulat76 said...

bunyinye cam lebih pada luahan perasaan ni..

Syed Nizam Syed Omar said...

@Masrom Ahmad hehe..kat blog kita ni tempat meluahkan perasaan dan idea.Begitu lah nampak gaya nya.

toyolkiut said...

betul3..
pe kisah orang nk kata..luah je, kn? kn?
tp jaga adab bahasa wlau dlm isu yg 'hot n spicy' perlu di utama bila menulis..
T.K x suka yg carut2..sumpah seranah..hehe!

Syed Nizam Syed Omar said...

@toyolkiut Budi bahasa budaya kita kan.Bahasa menunjukan bangsa.hehehe..apa lagi slogan? nanti member2 yang lain siapkan assigment 2 ni.Masing2 sibuk kerja lah..dah ping pong pun diorang.

fariezz said...

jadikan musuh kita sebagai cermin..yang mana cermin tu akan menjadikan kita berfikir..xsemua benda yang kita lakukan adlah benar..org yang menerima kritikan dan berubah adalah lebih baik dari org yang bodoh sombong...jadikan musuh sebagai pengajar erti bersabar..

Mr.J said...

Berblog mmg ada kebebasan tapi bukan semua benda adalah bebas..

Menulis berdasarkan Fakta adalah perlu untuk seorang blogger.

Regards,
Mr J
www.pengeRindu.com

kenshiz said...

salam blogger!
http://www.jomkongsi.info/blog/

Related Posts with Thumbnails

Followers